[Video] Netizen sebak, warga emas 68 tahun jadi rider Grab untuk sara hidup

1356

Pada usia 68 tahun seharusnya warga emas duduk di rumah berehat dan tidak lagi perlu bekerja. 

Apabila melihat mereka yang sudah berusia masih bekerja untuk menyara diri akan membuatkan sesiapa sahaja sedih dan tersentuh. Sepertimana perkongsian sebuah video akaun TikTok @danielashraf1370 yang mendapat 1.5 juta tontonan.

@danielashraf1370

kisah sedih hari ni, aku buat grab food terjumpa dgn seorang atuk yang berumur 68 tahun tapi masih kuat buat grab🥲 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #sedih

♬ original sound – BrassicaOlerasia91 – DamianaJun91



Video pertama 16 saat, Daniel yang juga seorang rider Grab  bertemu dengan lelaki warga emas yang turut bekerja sebagai penghantar makanan.

“Diapun buat Grab, umur dah 68 tahun baru dua bulan buat Grab. Sedih bila dia cakap dia buat Grab untuk sara hidup, sebelum ini dia bawa lori,” jelasnya menerusi kapsyen video.

Daniel yang tersentuh hati dan teringat kepada arwah atuknya mendoakan semoga lelaki warga emas berkenaan dimurahkan rezeki. 

Pada video kedua, Daniel turut berkongsi video perbualan bersama warga emas berkenaan. Menerusi video itu warga emas tersebut berkongsi sebelum beralih ke Grab dia menjadi rider Food Panda.

“Food Panda dia takda stockla, on off saya berhenti saya apply grab pula,” jelasnya.  

Pada video tersebut boleh dilihat warga emas berkenaan berjalan perlahan dan sedikit membongkok ketika menghantar makanan. 

Kadang-kala ada dalam kalangan warga emas yang sudah biasa bekerja dan tidak ‘betah’ duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa. Diharapkan pak cik sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki.

Kebanyakan warga maya yang menonton video berkenaan tersentuh dan mendoakan yang terbaik buat warga emas itu.

“Malunya kita sebagai anak muda kalau tak kerja.”

“Harap tak dakla customer bising kenapa lambat.”

@danielashraf1370

Balas kepada @roseabdullll part dia ajak borak.. seronok borak dgn atuk ni

♬ semangat ngontennya – SR.Kimz`ˢᵃⁿˢ

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here