TuneBoss lancar ShiftBoss 2.0 – Tukar gear lebih pantas dan lancar, harga bermula RM250

1575

Masih hangat dari pelancaran ECU TuneBoss generasi kedua baru-baru ini, syarikat yang berlandaskan teknologi itu kali ini melancarkan pula ShiftBoss 2.0. untuk digunakan dengan ECU mereka. 

ShifhtBoss boleh digunakan pada kedua-dua generasi ECU TuneBoss termasuklah dari Stage 1 hingga Stage 3 pada ECU TuneBoss Gen2. 

Secara amnya, ShiftBoss adalah sistem “quickshifter”, iaitu satu alat khas yang membantu penunggang menukar gear dengan pantas, tanpa perlu menarik klac dan menutup pendikit.



TuneBoss berjaya membawa teknologi yang sebelum ini hanya ditawarkan pada motosikal berkuasa tinggi kepada hampir semua model motosikal yang dipasang dengan ECU TuneBoss.

Dengan kerja penyelidikan dan pembangunan dengan memakan masa selama dua tahun, ShiftBoss 2.0 adalah lebih fleksibel dan mempunyai tahap keboleh kepercayaan yang lebih tinggi berbanding ShiftBoss versi lama.

Ketua Pegawai Eksekutif FSR Technology, Farhan Ali berkata, sehingga hari ini, terdapat lebih dari 30,000 pengguna ECU TuneBoss sejak ia dilancarkan tujuh tahun yang lalu pada 30 Oktober 2014.

“Setakat ini, hanya sekitar 10 peratus yang memasang  modul quickshifter, ini mungkin disebabkan oleh kerana ShiftBoss versi lama hanya direka untuk dua model sahaja.

“Sekarang, selain dari dua model itu, iaitu Yamaha FZ150i and Y15ZR, ShiftBoss 2.0 juga sesuai untuk model-model lain seperti R25, R15, MT-15, Y16 dan Honda RS150r,” katanya.

Dijual pada harga RM250, ShiftBoss 2.0 menggunakan sistem inovatif yang menjadikan ia sangat mampu milik jika dibandingkan dengan sistem quickshifter yang lazimnya menggunakan sistem “load cell”.

Bagi pengguna ShiftBoss lama, mereka boleh menaik taraf kepada sistem yang baru dengan hanya perlu menukar bahagian perkakasan pada harga RM100.

Sebagai peringatan, perkakasan yang dibeli selain dari pengedar TuneBoss tidak akan berfungsi kerana ia perlu diaktifkan dengan kunci elektronik yang datang sekali dengan setiap kit ShiftBoss.  

Dan seperti ECU TuneBoss, ShiftBoss 2.0 hanya boleh didapati dari 49 pengedar sah TuneBoss diseluruh Malaysia.

Sebagai contoh, pemilik motosikal jenis MT-15 atau Y16 boleh menikmati prestasi yang lebih mantap dari mesin mereka dengan hanya membelanjakan RM649. RM399 untuk ECU TuneBoss Stage 1 dan RM250 untuk ShiftBoss 2.0 termasuk pemasangan dan mapping untuk enjin standard.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here