JPJ lancar Ops Sedar, pantau kenderaan tiada perlindungan insurans

1515

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara, bagi memantau pemilik kenderaan yang gagal memperbaharui perlindungan insurans.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pemilik kenderaan diberi kelonggaran untuk tidak memperbaharui cukai jalan sehingga 31 Disember 2021.



Namun, kerajaan menetapkan setiap kenderaan perlu memiliki insurans sebagai perlindungan jika berdepan kemalangan. 

“Pengguna jalan raya yang tidak memiliki perlindungan insurans akan menimbulkan kesulitan kepada pemilik kenderaan itu sendiri sekiranya berlaku sebarang bentuk kemalangan semasa menggunakan kenderaan masing-masing di jalan raya.

“Pihak JPJ juga ada menyediakan kemudahan Mobile JPJ untuk tujuan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LLM) secara terus,” kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim.

Pengguna jalan raya yang gagal memiliki perlindungan insurans kenderaan motor boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 90(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sekiranya gagal menunjukkan Sijil Perlindungan Insurans yang sah sewaktu pemeriksaan, boleh didenda tidak lebih RM1,000 serta lesen boleh digantung selama 12 bulan jika disabit kesalahan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here