#Spyshot: Proton Saga MC2 dikesan jalani ujian

2706

Rakan media automotif Funtasticko menerima beberapa keping imej intip Proton Saga MC2 yang sedang menjalani ujian sekitar Subang Jaya.

Jika diperhatikan imej yang dikirim pembaca Funtasticko, kenderaan ujian tersebut tidak menggunakan sebarang kamouflaj bagi menutupi bahagian badan. Luaran yang terdedah itu menggunakan warna badan putih.



Ini kerana model berkenaan difahamkan bakal menerima perubahan minor. Berdasarkan imej intip berkenaan, Proton Saga tersebut menerima kemasan hitam pada lip depan, perumah cermin sisi dan rim.

Sementara bahagian belakang tampil sama dengan versi sebelumnya. Bahagian gril dan logo depan pula  ditutupi pelekat hitam. Saga berkenaan difahamkan bakal menggunakan logo baharu Proton. 

Selain itu, bahagian kabin masih belum diketahui perubahan yang bakal dilakukan oleh Proton. Nantikan saja pelancarannya nanti yang dijangkakan awal tahun depan.

Kami juga menjangkakan tiada perubahan pada bahagian mekanikal yang mana Saga akan menggunakan janakuasa 1.3 liter 4-silinder yang menghasilkan kuasa 95 PS @ 5,750 rpm tork 120Nm @ 4,000rpm.

Saga sedia ada masih lagi ditawarkan dengan versi manual lima kelajuan dan tidak diketahui adakah versi manual ini akan dikekalkan. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here