Toyota GT86 generasi kedua sah akan hadir

3027

Baru-baru ini, laporan mengatakan Toyota GT86 dan sepupunya Subaru BRZ akan ditamatkan terus tanpa kesinambungan. Namun seorang wakil Toyota di Australia menafikannya, dan mengesahkan bahawa sebuah jentera yaitu GT86 generasi kedua sememangnya akan tiba pada masa akan datang.

Foto: Auto Evolution

Bercakapa kepada GoAuto, pengurus perhubungan awam Toyota Australia, Brodie Bott berkata GT86 serba baharu telah sah. Ini juga di samping spekulasi bahawa sebuah model sports asas berdasarkan Supra A90 akan ditawarkan dengan enjin jenis empat-silinder.

Bott berkata, “Semasa laporan itu diterima, kami ada beberapa perbualan secara dalaman dan saya boleh katakan, kereta it (GT86 generasi kedua) memang akan tiba.”



“Kami tidak pasti dari mana sumber laporan itu, namun di peringkat ini kami tidak melihat untuk menghentikannya. Ia sebuah kereta yang agak penting kepada kami dan akan menjadi adik kepada Supra,” Bott berkata dan menambah bahawa mereka “telah melihat” kereta baharu itu.

Sebuah laporan lain dari Japan Times mendakwa bahawa GT86 baharu akan terus dibangunkan bersama Subaru dengan BRZ. Produksi juga akan dimulakan pada 2021 di kilang Subaru yang sama di Gunma.

Menurut laporan itu juga, enjin boxer empat-silinder itu akan ditingkatkan sesarannya dari 2.0-liter kepada 2.4-liter, namun belum pasti sama ada ia akan menggunakan pengecaj turbo atau tidak.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here