[Video] Deruman bunyi Bugatti Chiron Super Sport 300+ acah kapal terbang WWII

1756

Pada 2019, Bugatti  memperkenalkan Chiron Super Sport 300+ yang mampu mencapai kelajuan sehingga 490.48kmj. 

Rekod itu menjadikan Bugatti sebagai pengeluar automotif pertama dunia memecahkan tembok kelajuan 482kmj. Chiron Super Sport 300+ yang berharga hampir AS3.9 juta (RM16 juta) itu dikeluarkan dalam unit terhad dan paling berkuasa pernah Bugatti hasilkan.



Namun, menerusi perkongsian satu video di akaun YouTube menarik perhatian peminat hypercar tersebut kerana bunyi yang dihasilkan mirip kapal terbang perang dunia kedua. 

Video pendek yang berdurasi 1 minit 25 saat itu menunjukkan dalam beberapa saat pertama, bunyi yang dihasilkan oleh hypercar tersebut seolah hanya menggunakan beberapa silinder. 

Bagaimanapun selepas beberapa saat, 16 silinder berfungsi sepenuhnya. Chiron Super Sport 300+ menggunakan enjin W16 8.0 liter empat pengecas turbo yang menghasilkan kuasa 1,578hp (+100hp).

Hypercar itu dipadankan dengan nisbah kotak gear lebih panjang untuk mencapai kelajuan maksimum melebihi 480kmj, berbanding kelajuan maksima 420kmj yang dihadkan. 

Ingin tahu bagaimana bunyi ketika jentera ini melakukan pemanasan, lihat video di bawah:

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here