Toyota Gazoo Racing-Tengku Djan, Syukri Yahya rangkul juara keseluruhan kategori

1327

Siri kejohanan ‘one make’ Vios Challenge dalam Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing Malaysia musim Ke-4 telah melabuhkan tirainya dengan menyajikan aksi-aksi dramatik dan pertarungan sengit diantara pelumba-pelumba.

Siri perlumbaan jalanan yang terkenal di Malaysia ini diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, julung kalinya dilangsungkan pada waktu malam menjadikan saingan Vios Challenge sukar untuk diramal yang mempertaruhkan empat kategori berbeza dan kesemua juara bagi setiap kategori telah pun dinobatkan secara rasmi.



Juara mengikut kategori berbeza:

  1. Super Sporting Class – Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel
  2. Sporting Class – Clement Yeo
  3. Rookie Class – Naquib Azlan
  4. Promotional Class – Shukri Yahaya

Putera drift dan juga duta TOYOTA GAZOO Racing Malaysia, Tengku Djan Ley muncul juara keseluruhan dan merupakan kejuaraan ketiga beliau dalam kategori Super Sporting Class untuk pelumba elit serta membawa pulang hadiah RM70,000.

Clement Yeo yang bermula cemerlang muncul juara keseluruhan kategori Sporting Class untuk para pelumba amatur dan memenangi hadiah RM50,000.

Bagi kategori Rookie Class pula, hanya disertai oleh lima orang pelumba muda lahir dari dunia simulator dan Go-Kart, Naquib Azlan telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan

Manakala kategori Promotional Class, pada awal perlumbaan Zizan Razak menjadi tumpuan utama, namun disebabkan Zizan melakukan kesilapan akhirnya Shukri Yahaya  berjaya muncul juara keseluruhan buat julung kalinya.

Menurut Ketua Sukan Permotoran TOYOTA GAZOO Racing Malaysia, Akio Takeyama, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran berikutan pandemik global, acara ini telah berlangsung dengan jayanya.

Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berharap ia akan menyumbang kepada peningkatan kesedaran tempatan, minat dan terutama sekali penghargaan yang lebih tinggi untuk sukan permotoran di Malaysia.

Beliau pada masa yang sama mengucapkan setinggi penghargaan buat para pelumba, pasukan, penaja, rakan niaga dan semua yang terlibat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here