Luaran Mercedes-Benz W108, Dalaman Dan Enjin AMG C63

2580

Bagi peminat Mercedes-Benz terutama bagi model lama, mereka lebih gemar melakukan proses restorasi untuk membuatkan jentera kekal terjaga.

Namun berbeza pula dengan Mercedes-Benz W108 buatan 1968 ini kerana ia proses restorasinya cukup berbeza selepas ruangan dalaman dan enjin dipadankan dengan Mercedes-AMG C63S W205 keluaran 2019.

Luaran, jentera itu masih kekal dengan bentuk asli yang dicat hitam dengan kemasan krom pada gril, bamper, lampu depan dan garis tingkap.




Bagi rimnya pula, ia menggunakan rim 19 inci moden yang memperlihatkan brek cakera AMG yang besar dan lambang “S” di pintu belakang adalah satu-satunya petunjuk bahawa ini bukan W108 biasa.

Jika tengok bahagian dalaman, pastinya anda tidak menyangka jentera lama itu menggunakan komponen Mercedes-AMG C63S. Ia boleh dilihat pada roda stereng yang dibalut Alcantara, papan pemuka moden dengan layar infotainment, dan tempat duduk bucket.

Enjin asal yang menggunakan V8 4.5 liter mampu menghasilkan 195hp ditukar kepada rangkaian kuasa 4.0 liter bi-turbo AMG dengan menyalurkan 503hp dan tork setinggi 700 Nm iaitu stok C63.

Bagaimanapun, enjin itu ditala beberapa bahagian yang difahamkan meningkat kepada 514hp selepas diukur menerusi ujian dyno.

Disebalik kehebatan jentera itu, ada beberapa pihak yang terbabit sama dalam pembikinannya iaitu Deluxe Boy Werx, Maranello Auto Services dan eTuners. Serius, terbaik!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here