Bawa seguni duit syiling beli motosikal secara tunai

1507

Jika anda membeli kenderaan secara tunai selalunya hasil daripada tabungan. Mungkin ada yang menabung menggunakan duit syiling mungkin juga wang kertas. 

Bagi seorang lelaki Indonesia ini, dia membeli sebuah motosikal menerusi hasil tabungan duit syiling selama setahun. Sehinggakan pihak kedai terpaksa meminta bantuan lebih kurang lapan kakitangan untuk mengira duit yang dibawa lelaki tersebut. 



Video tular dari akaun TikTok @wawasuhenda itu menunjukkan seguni duit syiling bernilai Rupiah 18 juta (RM5,281.35). Bagaimanapun jenis motosikal yang dibeli tidak dinyatakan.

Dalam video seterusnya, dapat dilihat pekerja kedai motosikal itu bersama-sama membantu untuk mengira duit di dalam guni tersebut sehingga habis. 

@wawasuhenda

#nabungchallenge

♬ suara asli – Wawasuhenda – Wawasuhenda

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here