Sebut saja nama The Rock atau Dwayne Johnson pasti semua orang akan mengenali pelakon bertubuh sasa dari Amerika Syarikat itu, namun kejayaan dan kesenangan yang dimilikinya bukan datang dengan mudah.
Berdasarkan sumber terkini majalah Forbes, The Rock turut dinamakan sebagai salah seorang pelakon dengan bayaran tertinggi di dunia dengan pendapatan bersih dianggarkan AS320 juta (RM1.3 bilion).
Dia juga memiliki beberapa koleksi kenderaan eksotik bahkan turut menghadiahkan keretanya kepada beberapa orang, yang kebanyakannya termasuk keluarga atau kenalan rapat.
Terbaharu, The Rock menghadiahkan sebuah trak pikap Ford-150 peribadinya kepada Oscar Rodriguez yang merupakan seorang Veteran Tentera Laut berasal dari Los Angeles. Momen itu dikongsi menerusi laman Instagram miliknya.
Dia berterima kasih kepada Oscar atas jasanya kepada negara dan trak pikap Ford F-150 itu sudah diubah suai yang dikuasakan oleh enjin V8 5.0 liter berkuasa maksimum 570hp.
F-150 merupakan trak pikap terlaris di Amerika sejak 44 tahun lalu, harga permulaan bagi model tersebut sekitar AS29,290 (RM123,879) dan terdapat banyak pilihan enjin yang ditawarkan termasuk enjin petrol aspirasi semula jadi, enjin diesel dan enjin petrol turbo.
View this post on Instagram
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar