Along salah simbah, empat kereta jadi mangsa cat kuning!

8241

“Orang lain berhutang, kenderaan kami yang disimbah cat,” kata salah seorang mangsa cat Along.

Dalam kejadian yang berlaku di Taman Tampoi Indah 2, Skudai, Johor itu menunjukkan empat buah kenderaan disimbah cat kuning.



Selain itu, Along turut meninggalkan nota nama berserta alamat individu yang tidak dikenali yang difahamkan meminjam wang daripada mereka. 

Pada nota itu tercatat ‘owe money, pay money, whatsapp call how and settle’ (pinjam wang, bayar kembali, whatsapp telefon bagaimana nak setel).

Nazaruddin Bijan, 48, berkata, MPV Perodua Aruz miliknya turut dijadikan sasaran pihak tidak bertanggungjawab itu.

“Kami sekeluarga tinggal di bangunan rumah kedai berhampiran. Saya menyedari kejadian jam 3.15 pagi selepas terjaga apabila anak menangis.

“Saya kemudian meninjau keadaan di luar rumah sebelum mendapati Perodua Aruz saya disimbah cat kuning. Selain itu, tiga kenderaan jiran, termasuk sebuah pacuan empat roda, turut disimbah cat,” katanya. 

Menurutnya, dia kerugian RM800 hingga RM1,000 kerana perlu membersihkan kesan simbahan cat pada Perodua Aruz itu.

Nazaruddin berkata, kejadian itu kali pertama berlaku sejak dia tinggal di kawasan perumahan berkenaan sejak enam tahun lalu. Jelasnya kawasan berkenaan memang menjadi lokasi parkir penduduk pada waktu malam hingga pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid mengesahkan menerima laporan polis berkaitan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. 

Sumber Foto: Facebook UTMPOC

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here