[Video] Pengguna RFID kongsi pengalaman ngeri, kereta belum lepas palang dah tutup!

3750

Keputusan Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKRM) melaksanakan penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sepenuhnya bermula 15 Januari depan lebih banyak mengundang respons negatif daripada rakyat lokal.

Kebanyakan pengguna berpendapat seharusnya pihak bertanggungjawab perlu memastikan kelancaran sistem tersebut sebelum melakukan pelaksanaan penuh.

@j_cy99

Anyone have better solutions? 😔#tollgate #npe #pjs5

♬ Oh No – Kreepa



Bahkan muncul satu video di TikTok, seorang pengguna berkongsi pengalaman buruk akibat palang RFID yang tidak berfungsi dengan lancar.

Video yang dikongsi akaun TikTok @j_cy99 itu menunjukkan pemandu tersebut melalui lorong RFID, setelah bayaran ditolak palang tersebut naik automatik. Bagaimanapun sebaik keretanya keluar dari lorong tol, palang itu turun secara tiba-tiba hingga cermin depan keretanya melanggar komponen itu.

Boleh dilihat pada maklumat video itu kelajuan kenderaan adalah 50kmj. Kejadian yang dipercayai berlaku di plaza tol Lebuhraya Baru Pantai (NPE) di Kuala Lumpur itu menyebabkan calar di bahagian sisi pintu dan cermin kereta. 

Menerusi kapsyen pada video berkenaan pemandu mendakwa sudah membuat aduan berkaitan insiden itu namun masih tiada maklum balas diterima. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here