Ragam pemilik Toyota Avanza memaksimumkan kegunaan kargo

2018

Kenderaan pelbagai guna (MPV) menjadi pilihan keluarga besar kerana praktikalitinya mengangkut penumpang dan juga barangan.

Barisan kerusi ketiga yang boleh dilipat rata membolehkan pemilik membawa barangan lebih banyak dan juga bersaiz besar. Siapa sangka, ada juga pemilik yang menggunakan MPV untuk kegunaan berat yang seharusnya lebih sesuai menggunakan trak pikap.



Antara hal yang luar biasa dilakukan oleh pemilik seperti yang dikongsi akaun Twitter @DuniaKuli ini yang membawa beberapa pek simen yang diletakkan di ruang bagasi belakang. 

Selain itu, ada juga yang menggunakan Toyota Kijang atau di negara kita dikenali Innova mengangkut batu bata yang disusun rapi di bahagian belakang. Bahkan susunan itu menjangkau sehingga ke bahagian bumbung.

Lebih menarik ada juga yang menjadikan ruangan belakang itu sebagai gerai makanan kecil seperti berlaku di Indonesia ini yang dikatakan menjual nasi campur. Melihat kepada imej berkenaan, kreatif juga pemilik tersebut. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here