Bugatti Chiron pertama yang buat ujian dyno, betul capai 1,500hp?

1272

Chiron merupakan sebuah hypercar terpantas, eksklusif, dan paling berkuasa dalam sejarah pengeluaran Buggati dan berjaya menduduki tangga teratas di dalam senarai paling laju di dunia. 

Chiron yang dikuasakan oleh enjin W16 8.0-liter quad-turbo dikatakan mampu menjana kuasa setinggi 1,500hp dan tork 1,600Nm serta mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.4 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 420km/j.



Namun, untuk memastikan adakah Buggati Chiron benar-benar mampu mencapai pada kuasa sehingga 1500hp, jentera tersebut diuji melalui ujian dyno bagi mendapat keputusan saintifik untuk mengetahui angka sebenar kelajuan maksimum.

Ujian dyno dilakukan untuk mengenal pasti cara enjin menghantar kuasa. Contohnya, sesetengah jentera trek atau prestasi tinggi mempunyai sekatan pada rev enjin yang menyebabkan hantaran kuasa tidak lancar. Jadi, karakteristik sebegini dapat dijelmakan pada graf dyno.

Ujian tersebut dilakukan oleh syarikat penyelenggaraan, pembaikan dan pakar prestasi yang berpengalaman lebih 50 tahun dalam bidang automotif iaitu Cannonball Garage, yang berpengkalan di Gilberts, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, hasil daripada ujian dyno mendapati keputusan yang berbeza dimana pretasi penghasilan kuasa yang sebenar dicapai adalah setinggi 1,369hp dan tork 1,163Nm dengan pengunaan bahan bakar 93 oktana.

Untuk melihat lebih lanjut, video semasa ujian dyno tersebut turut dimuat naik di saluran Youtube, Cannonball Garage dan The Hamilton Collection.

 

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here