#Tips: 5 cara tuntut insurans apabila kereta tenggelam banjir

2654
Banjir yang melanda Pantai Timur dan beberapa kawasan lain menyebabkan ramai penduduk yang terkesan tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka.
Di media sosial kita dapat lihat kenderaan ditenggelami air dan ada juga yang dihanyutkan serta terapung. Bahkan Besut juga kini terputus hubungan dengan luar. 
 
Dalam situasi tersebut nyawa lebih penting dan jika anda mendapatkan perlindungan tambahan iaitu Perils Khas, anda boleh membuat tuntutan insurans apabila berlakunya bencana alam. 
 
Polisi insurans perlindungan Perils. Sumber Foto: FB Ieza Yusof
Cara yang perlu dilakukan:

1. HUBUNGI PIHAK INSURANS

Setelah air surut jangan hidupkan enjin kereta. Perkara pertama perlu anda lakukan hubungi agen insurans.

2. KUMPUL BUKTI

Anda perlu mengumpul bukti untuk disertakan dalam tuntutan insurans iaitu:
 
1. Ambil gambar kejadian dan kerosakan akibat banjir
2. Catat lokasi, masa dan tarikh kejadian banjir
3. Salinan lesen memandu pemilik 
4. Salinan kad pengenalan pemilik 
5. Salinan geran kereta
6.Salinan polisi insuran
7. Butiran/dokumen sokongan yang menjelaskan kerosakan kereta (sekiranya ada)

3. LAPORAN POLIS

Hubungi pihak tunda kereta di bawah insurans anda untuk dibawa ke balai polis bagi membuat laporan. Seharusnya laporan polis perlu dibuat dalam tempoh 24 jam. Jika mempunyai alasan yang munasabah, masih boleh membuat laporan polis walaupun melepasi tempoh 24 jam namun jangan dilewatkan. 

4. SERAH BORANG

Setelah mengumpul dokumen yang diperlukan, serah borang tuntutan dan dokumen  kepada agen atau syarikat insurans anda. Mereka akan memaklumkan kepada anda tempoh masa yang diperlukan bagi memproses tuntutan.

5. BAWA KERETA KE BENGKEL

Hantar kereta ke bengkel panel insurans untuk membuat tuntutan dan dibaiki. 
 
Buat anda yang sebelum ini tidak mengambil perlindungan tambahan ke atas perlindungan komprehensif mungkin bolehlah mempertimbangkan semula apabila memperbaharui cukai jalan kereta akan datang, terutamanya apabila kawasan anda duduki berisiko banjir. 
 
Cuma perlu diingatkan penambahan perlindungan bermakna bayaran premium juga akan naik sedikit. Pakej yang ditawarkan juga mungkin berlainan mengikut syarikat insurans.
 
Menurut DriveMark, anggaran tambahan premium perlindungan Perils adalah antara RM100 hingga RM280 setahun.
 
Sumber DriveMark.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here