Jentera lumba Ducati MotoE pertama kali jalani ujian di litar

1845

Buat kali pertama, Ducati MotoE menjalani ujian di litar Misano World Circuit Marco Simoncelli, Itali selepas pengumuman perjanjian dengan Dorna Sports pada Oktober lalu.

Motosikal prototaip elektrik dengan nama kod “V21L”, adalah hasil kerjasama pasukan Ducati Corse dan jurutera R&D Ducati.

Malah, bermula dari musim 2023, pengeluar motosikal Borgo Panigale akan menjadi pembekal tunggal motosikal untuk Piala Dunia FIM Enel MotoE™, kelas elektrik Kejohanan Dunia MotoGP™.



Pengarah eMobiliti Ducati, Roberto Canè berkata, ia adalah pengalaman yang luar biasa dan rasa sukar untuk mempercayainya ia adalah realiti dan bukan mimpi.

“Motosikal Ducati elektrik pertama di atas trek adalah luar biasa bukan sahaja keunikannya, tetapi juga cabaran yang dihadapi membabitkan prestasi dan masa yang terlalu singkat. 

“Justeru atas sebab itu, kerja yang disumbangkan oleh pasukan untuk menjayakannya adalah luar biasa,” katanya.

Cabaran paling penting dalam membangunkan motosikal itu adalah berkaitan dengan saiz, berat dan julat bateri.

Matlamat Ducati adalah untuk menjadikan motosikal elektrik yang berprestasi tinggi dan ringan yang mampu memenuhi piawaian peserta Piala Dunia FIM Enel MotoE™.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here