Lelaki ini guna kertas A4 selamatkan Mercedes-Benz AMG A 45S ditenggelami banjir

16562

Banjir yang berlaku baru-baru ini menyebabkan ramai yang kehilangan  tempat tinggal, kenderaan bahkan insan tersayang.  

Jika dilihat perkongsian di media sosial, kita dapat melihat ratusan kenderaan ditenggelami air bahkan ada yang hanyut. 



Namun, tindakan bijak seorang pemilik Mercedes-Benz AMG A 45S ini dapat menyelamatkan keretanya daripada ditenggelami banjir. Bahkan alatan yang digunakan juga agak murah jika dibandingkan dengan kos baik pulih akibat banjir.

Lelaki tersebut hanya menggunakan beberapa timbunan kertas A4 jenis Smartist bagi menjadi lantai keempat-empat tayar agar keretanya berada pada kedudukan lebih tinggi.

Walaupun cara tersebut dilihat rapuh dan berisiko, dia lebih bernasib baik kerana paras air banjir yang melanda di kawasan tersebut tidak seteruk di beberapa kawasan lain.

Dia memuat naik beberapa keping gambar di Facebook miliknya, Yuyu Chang dan perkongsian pengalamannya di Group Malaysia Automotive Shitposting mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Selain itu, ada juga pemilik kenderaan lain yang terkesan akibat banjir berkongsi gambar di ruangan komen apabila berjaya menyelamatkan kenderaan masing masing. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here