Prototaip Honda Civic Type R baharu dipamerkan di Tokyo Auto Salon 2022

1059

Sempena Tokyo Auto Salon 2022 yang berlangsung pada 14 sehingga 16 Januari ini, Honda dikatakan bakal mempamerkan jentera berprestasinya menerusi prototaip Civic Type R baharu.

Namun ini hanya model prototaip sahaja dan bukannya model pengeluaran terakhir kerana ia dijangka dilancarkan pada hujung tahun hadapan.



Ia akan dipamerkan dengan menggunakan pelekat penyamaran khas. Honda selalunya memperkenalkan kenderaan prototaip yang sangat hampir dengan model pengeluaran. Jadi, kami jangkakan prototaip Civic Type R yang diperkenalkan pada Januari ini mungkin seakan produk pengeluaran.

Bagaimanapun, Honda masih belum mengeluarkan sebarang butiran rasmi tentang hatch baharu, mereka hanya mengatakan ia akan menjadi “Civic Type R berprestasi terbaik pernah dihasilkan.”

Penggayaan pastinya akan dipertingkatkan berbanding model Type R semasa. Difahamkan ia masih menggunakan enjin turbo, transmisi manual, limited-slip differential dan spoiler lebih besar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here