JPJ siasat iklan tawar lesen terbang bagi warga asing

2396

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menyiasat berhubung laporan pengiklanan mendapatkan lesen memandu secara tidak sah di media sosial.

Siasatan JPJ dijalankan selepas menerima laporan melalui Bahagian Pelesenan Memandu (JPJ), berkenaan dakwaan iklan tersebut di media sosial.



Menerusi satu iklan, individu tersebut mendakwa menjadi agen tempatan untuk membantu urusan mendapatkan lesen memandu tanpa perlu ke JPJ dan hanya memerlukan permit kerja (bagi warga asing).

Bagaimanapun, jabatan JPJ telah cuba menghubungi individu berkenaan namun gagal dan mendapati akaun media sosial yang didaftarkan sebagai akaun Syarikat Vehicle Motor Company.

JPJ memandang serius terhadap berita palsu yang tular tersebut dan siasatan sedang dijalankan termasuk membuat laporan polis. JPJ turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan sahih. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here