Usahawan mahu beri 4×4, Abang Viva tolak kalau ada unsur marketing dan tak mampu bayar servis

6503

Hujung minggu lalu kecoh apabila seorang usahawan wanita ingin memberikan sebuah kereta kepada unsung hero Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar. 

Kisahnya hanya berbekalkan RM50 dan membawa bot menaiki Perodua Viva dari Melaka bagi membantu mangsa banjir mendapat perhatian ramai. Terkini dikhabarkan Azwan berada di Chenor, Pahang bagi membantu mangsa banjir di sana.

@ayukohaye71

Alhamdulillah Founder Sha dah dapat contact Abg Viva❤️ Bukan NGO, bukan untuk marketing. Thank You korang yg support❤️ #abgvivaviral #banjir2021 #fyp

♬ original sound – CEO OF “APAI”❗️🇵🇭🇲🇾 – CEO OF “APAI”🤪 NEW ACC❤️🔥



Usahawan wanita yang berhajat ingin menawarkan sebuah kereta berkenaan akhirnya berjaya menghubungi Azwan.

Dikenali sebagai Sha Hassan, dia memberitahu Azwan belum memberikan kata putus dan sempat bertanyakan secara jujur sama ada pemberian tersebut untuk tujuan pemasaran atau sebaliknya.

Menerusi perkongsian mesej tersebut, Azwan menjelaskan dia tidak mahu terikat dengan syarikat mahupun badan kebajikan.

“Saya bukan orang senang takut tak mampu untuk maintainancenya nanti,” jelasnya. 

Menerusi hantaran itu, Sha Hassan turut berkongsi Azwan meminta masa untuk berfikir dan buat masa ini dia ingin menyelesaikan misi bantuan banjir.  Selain itu, Sha Hassan juga memohon orang ramai tidak menggangu ‘Abang Viva’.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here