Max Verstappen mahu jual Honda Civic Type R miliknya bersama pakej tandatangan

2093

Max Verstappen yang merangkul kejuaraan Formula Satu (F1) mengetepikan Lewis Hamilton baru-baru ini, menawarkan peluang kepada peminat untuk memiliki Honda Civic Type R miliknya.

Jualan hot hatch itu diuruskan oleh pusat jualan kereta terpakai, CarNext yang beroperasi di Eropah.



Civic Typer R berwarna putih tersebut dikhususkan untuk kegunaan di litar dan edisi terhad itu hanya dikeluarkan dalam unit yang terhad. Ia menggunakan enjin turbo 2.0 liter yang menghasilkan kuasa 306hp dan tork 400Nm.

Difahamkan, Max ingin menjual jentera tersebut bagi mengumpul dana sumbangan dan hasil jualan akan diberikan kepada persatuan yayasan ‘Wings for Life’ yang ditubuhkan bagi penyelidikan mencari penawar kecederaan saraf tunjang.

Max memandu jentera tersebut kali terakhir di Monaco, dan menurutnya kereta tersebut berada dalam keadaan baik sepenuhnya. Harga jualan hot hatch itu bermula daripada  EUR33,333 (RM157,973).

Selain itu, pembeli bertuah akan memiliki jentera tersebut yang akan ditandatangani oleh Max Verstappen. Bagaimanapun, sudah semestinya ia akan menjadi rebutan ramai peminat yang tidak sabar untuk memiliki kereta milik juara dunia menjadi kereta peribadi.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here