Acara tahunan Tokyo Auto Salon (TAS) 2022 bakal membuka tirai pada Januari ini dengan pengenalan beberapa model Daihatsu yang diubah suai.
Apa yang menariknya, dua model Daihatsu Rocky atau kembarnya di Malaysia iaitu Perodua Ativa menerima sentuhan cukup menarik.
Kedua-dua model itu adalah versi Rocky e-Smart Hybrid yang diperkenalkan baru-baru ini di negara matahari terbit berkenaan.
Bagi varian Premium , ia tampak sporty apabila menerima kemasan warna perak dan Biru pada sebahagian bampar hadapan, dapra sisi, bumbung dan cermin sisi.
Kelihatan juga ia direndahkan sedikit dengan penggunaan tayar jenis A/T dengan padanan rim hitam.
Sementara itu, Crossfield pula dicat warna kelabu dengan kemasan hitam pada bampar hadapan, dapra sisi, bumbung dan cermin sisi. Ia juga dipadankan lampu kabus kuning.
Cuma versi ini, tampak lebih lasak dengan padanan rak tempat letak barang di bumbung, selain padanan rim hitam serta penggunaan tayar A/T.
Nampaknya, ia boleh dijadikan inspirasi buat penggunaan Perodua Ativa di luar sana untuk modifikasi. Simple tapi bergaya!.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar