Sebuah trak autonomi tanpa pemandu berjaya bergerak sejauh 128.74km yang hanya mengambil masa 1 jam 20 minit di sebuah lebuhraya, Amerika Syarikat.
TuSimple yang berpangkalan di San Diego merupakan sebuah syarikat yang memfokuskan pembangunan teknologi autonomi (tahap 4) khusus bagi memenuhi permintaan pengeluar trak tugas berat.
Trak itu menggunakan teknologi yang membolehkan pandangan sekeliling 360 darjah melibatkan jarak lebih 914.4 meter.
Namun sebagai persediaan keberkesanan sistem autonomi trak, syarikat tersebut melakukan ujian pemanduan tanpa pemandu, pada waktu malam dan memilih jalan raya yang paling sibuk di Amerika Syarikat.
Perjalanan bermula di pekarangan landasan kereta api di Tucson, Arizona dan berakhir di sebuah pusat pengedaran di Phoenix. Sepanjang perjalanan, Sistem Pemanduan Autonomi (ADS) TuSimple berjaya menavigasi jalan permukaan, isyarat trafik dan laluan lebuh raya.
Bagaimanapun, trak tanpa pemandu tersebut diikuti dengan sebuah kereta polis sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku kemalangan.
Perjalanan ini juga merupakan kali pertama melibatkan trak autonomi kelas lapan beroperasi di jalan awam yang terbuka.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar