PBT saman kenderaan rosak yang tersadai depan bengkel

1158

Keadaan banjir yang bertambah baik pasti memberi kesan mendalam kepada mangsa-mangsa terjejas, dan setakat ini dianggarkan 50,000 kenderaan rosak akibat banjir.

Namun malang berganda buat mangsa banjir apabila kereta mereka bukan sahaja rosak ditenggelami air dan lumpur, malah turut dikompaun Pihak Berkuasa Majlis Perbandaran Sepang.



Difahamkan kejadian malang itu berlaku di sebuah kawasan di Salak Tinggi, Sepang dan ia telah dikongsi oleh seorang pengguna di Facebook, Ucop MH Tow yang memuat naik video yang berdurasi 1 minit 45 saat.

Meskipun bukan diletakkan di ruang parkir namun kenderaan tersebut dilihat tidak menghalang lalu-lintas.

Namun menerusi video tersebut memaparkan beberapa kereta banjir diparkir di hadapan sebuah bengkel dan dikenakan kompaun RM10 yang perlu diselesaikan dalam tempoh 7 hari.

Susulan itu, rata-rata netizen mengecam tindakan yang telah diambil dan dilihat pihak PBT seolah-olah tidak prihatin dengan mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

“Mengambil kesempatan diatas kesempitan dan kesusahan rakyat marhain yang ditimpa musibah. Dimana akal dan hati nurani anda wahai manusia.

“Tiada empati langsung eh Majlis Perbandaran Sepang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here