Lelaki temui pesawat empat sayap, kerja makhluk asing?

2601

Pengguna aplikasi pemetaan, Google Earth mendakwa menemui sebuah pesawat dengan empat sayap dan empat enjin di sebuah landasan lapangan terbang komersial yang sibuk.

Pesawat yang aneh dan tidak masuk akal itu didakwa merupakan kerja makhluk asing yang dikongsi menerusi akan Youtube UFO Sightings Daily.



Pengguna tersebut, Scott C Waring memberitahu pesawat ganjil itu dikesan pada koordinat  47°26’29.99 Utara dan 122°18’20.19 Barat yang menunjukkan Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma di Washington.

Bagaimanapun, gambar berkenaan tidak dapat dilihat lagi susulan imej satelit yang sudah dikemaskini.

“Objek ini tidak seperti mana-mana pesawat yang saya pernah lihat,” katanya sambil menjelaskan gambar itu tulen tanpa sebarang manipulasi.

“Ia kelihatan seperti jet penumpang biasa namun dua kali ganda besar, panjang dan dua sayap di sisi.

“Pada mulanya saya fikir ia hanyalah glic pada Google Maps, saya fikir mungkin lebih baik saya melihat sebuah lagi kapal terbang di depan,” jelasnya sambil skrol imej lebih jauh.

Bagaimanapun imej kapal terbang di bahagian depan mahupun belakang pesawat itu adalah normal.

Teori konspirasi mendakwa imej itu tidak ‘terganggu’ dan menjelaskan sebelum ini ada mendengar banyak laporan tentang UFO yang menyamar sebagai komet, Space X atau pesawat terbang agar kehadiran makhluk asing itu tidak disedari.

“Dan saya tertanya-tanya, adakah ini salah satu kapal yang mendarat di kawasan itu, atau adakah pesawat ini bertemu dengan UFO?,” tambahnya.

Sejak dimuat naik pada 1 Januari lalu, video itu sudah mendapat lebih daripada 5,000 kali tontonan. Selain itu, timbul juga perdebatan dalam kalangan netizen yang menyatakan ia hanyalah masalah pada imej  satelit dan bukannya kerja UFO.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here