Kerja semakin mudah, petani kini boleh kawal traktor guna telefon pintar saja..

1278

Terdapat beberapa pengeluar utama yang secara aktif menghasilkan traktor tanpa pemandu yang untuk dipasarkan. 

Baru-baru ini, sebuah traktor dengan sistem autonomi diperkenalkan oleh syarikat John Deere bagi sektor pertanian yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).



Traktor tersebut dipamerkan pada acara pameran teknologi terbesar Consumer Electronics Show (CES) 2022 di Las Vegas.

Traktor 8R 410 tanpa pemandu itu dilengkapi dengan 12 kamera stereo dan GPU Nvidia yang membolehkan petani mengawal stereng menggunakan telefon pintar.

Kamera stereo dipasang pada setiap sudut depan, belakang, kiri dan kanan yang menawarkan pandangan sekeliling 360 darjah seolah seperti pandangan mata manusia. 

Selain itu, kamera stereo tersebut turut berperanan mengesan had laju dan jarak objek berhampiran sejauh 12 meter sehingga 27 meter.

Petani hanya perlu memiliki telefon pintar dan rangkaian internet yang lebih stabil bagi memudahkan kawalan melalui aplikasi yang tersedia pada telefon pintar. 

Selain daripada kawalan, aplikasi berkenaan juga memaparkan kadar penggunaan bahan api dan masa jentera beroperasi. Traktor 8R 410 tersebut diuji selama empat tahun dan  mampu bekerja sehingga 24 jam. 

Dengan adanya sistem sedemikian, kerja petani semakin mudah yang mana hanya perlu duduk santai dan mengawal traktor berkenaan dari jauh saja. Tidak perlu bekerja di bawah matahari terik.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here