Pengecualian duti eksais motor 150cc ke bawah tamat, HLYM senarai harga baharu

2350

Tahun lalu, pihak kerajaan menawarkan pengecualian duti eksais sehingga 100 peratus yang dikhususkan untuk motosikal pemasangan tempatan (CKD) dengan kapasiti enjin 150cc dan ke bawah.

Pakej di bawah rangsangan Pemerkasa itu hanya ditawarkan pada 1 April hingga 31 Disember lalu. Justeru itu, berlakunya perubahan harga setelah berakhirnya tawaran tersebut.



Hong Leong Yamaha Motor mengumumkan harga baharu bagi kesemua produknya di bawah 150cc.

  • Yamaha 135LC: RM7,248
  • Yamaha 135LC Se: RM7,548
  • Yamaha Lagenda 115Z: RM5,168
  • Yamaha Ego Gear: RM5,998
  • Yamaha Ego Avantiz: RM5,536
  • Yamaha Ego Solariz: RM5,234
  • Yamaha MT15: RM11,988
  • Yamaha R15: RM11,588
  • Yamaha NMAX: RM9,298
  • Yamaha NVX: RM9,298
  • Yamaha Y15ZR: RM8,168

Kemas kini senarai di atas merupakan tanda harga cadangan daripada pihak kilang, sebaik tiba di kedai nilai produk akan berubah. Menurut kami, ada atau tiada pengecualian cukai eksais  tidak memberi kesan kepada pengguna akhir.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here