Sekali sentuh, BMW iX boleh berubah warna

1102

Baru-baru ini, BMW memperlihatkan sebuah model yang dilengkapi dengan teknologi tukar warna ketika di pameran teknologi terbesar Consumer Electronics Show (CES) 2022 di Las Vegas.

Teknologi yang digelar E-Ink tersebut diaplikasi pada model konsep BMW iX Flow. Panel SUV elektrik itu dibaluti dengan material E-Ink iaitu teknologi sama yang digunakan pada peranti bacaan elektronik (e-reader) Kindle.



Ia berupaya mengubah warna badan kereta kepada tiga warna iaitu putih, hitam dan kelabu.

Teknologi E-Ink mengandungi berjuta kapsul mikro sehalus rambut manusia yang mempunyai pigmen cas negatif berwarna putih dan pignmen cas positif berwarna hitam.

Menurut BMW, teknologi perubahan warna pada badan kereta bukan sekadar estetika tetapi juga kecekapan. Misalnya ketika cuaca panas, warna hitam E-Ink boleh ditukar kepada warna putih bagi mengurangkan serapan haba.

Selain menukar warna badan teknologi itu juga boleh diaplikasi pada bahagian kabin papan pemuka.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here