Polis siasat pemandu van fitnah polis

2290

Polis kini menyiasat berkaitan fitnah yang dilakukan seorang pemandu van komersial tentang saman melanggar lampu isyarat.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata tindakan itu susulan satu hantaran yang tular Sabtu lalu selepas pemandu van memuat naik gambar bersama tohmahan terhadap anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik. 



Berdasarkan siasatan, pada 7 Januari lalu jam kira-kira 6.20 petang pasukan penguatkuasa trafik menjalankan snapcheck di Kilometer 24 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur yang melanggar lampu isyarat merah di kawasan terbabit.

“Pihak polis menahan sebuah van komersial yang melanggar lampu merah di kawasan terbabit dan saman dikeluarkan kerana melanggar lampu isyarat di bawah Rule 17 LN 167/59.

“Justeru, kes tohmahan itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya menerusi kenyataan media.

Ramli Kasa turut menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berunsur khabar angin dan fitnah yang boleh menjejaskan kredibiliti Polis Diraja Malaysia. 

Terdahulu, tular hantaran seorang pemandu van yang menjelaskan dirinya tidak bersalah selepas disaman kerana melanggar lampu isyarat. Pemandu itu menunjukkan lesen memandu yang sah kepada salah seorang pegawai polis dan tiada sebarang kesalahan lain.

Apabila ditanyakan kesalahannya, pegawai polis berkenaan datang memeriksa van dan kesemuanya dalam keadaan baik namun disaman kerana melanggar lampu isyarat.

Pemandu van tersebut menegaskan tidak perlu menghulur duit poket bagi kegiatan pegawai polis itu sambil meletakkan nama pegawai berkenaan dan nombor siri badannya.

“Apabila saya tidak ingin membuat ‘settlement’, pegawai tersebut hanya menjawab selepas ini bincang di mahkamah pada tarikh yang ditetapkan,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here