Gara-gara buat zig zag tengah lebuh raya, sudahnya melepas makan nasi ganja

1256

Hajat sekumpulan penunggang motosikal ingin makan nasi ganja di Ipoh, Perak, tidak kesampaian apabila ditahan selepas berlumba di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Hulu Selangor, semalam.

Penahanan itu dilakukan gara-gara mereka melakukan aksi zig zag sambil menundukkan badan di KM 402 ke KM 397 PLUS. 

Sumber Foto: Sinar Harian

Difahamkan, lapan lelaki berusia 18 hingga 25 tahun itu berkonvoi dari Kuala Lumpur pada mulanya ingin makan di sebuah restoran di Sungkai, namun mengubah haluan menuju ke Ipoh, Perak untuk menikmati nasi ganja.



Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, bagaimanapun pada 12 tengah hari, pasukan yang membuat pemantauan melihat aksi sekumpulan penunggang motosikal bersaing sesama sendiri.

“Polis kemudian menahan lima lelaki ketika mereka berhenti sebuah stesen minyak di Hentian Sebelah Tanjung Malim, sementara tiga lagi lelaki ditahan ketika berhenti di bahu jalan di KM 395.5.

“Pemeriksaan ke atas ketiga-tiga penunggang terbabit mendapati mereka tidak memiliki lesen memandu kelas B,” katanya.

Antara motosikal yang disita adalah Honda RS150R, Yamaha 135LC, Yamaha RXZ dan Yamaha Y15ZR.

Penunggang bersama motosikal kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sebanyak 50 saman dikeluarkan ke atas mereka atas pelbagai kesalahan trafik.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here