Puluhan kereta Honda dan Toyota terpakai ‘sejuk beku’ tiba di Rusia

2262

Puluhan kereta Honda dan Toyota dilitupi ais tebal tiba di pelabuhan Rusia akibat cuaca buruk.

Keadaan itu berlaku akibat cuaca sejuk luar biasa dan berangin menyebabkan kenderaan yang diimport dari Jepun itu ‘sejuk beku’ apabila tiba di Vladivostok yang diangkut kapal pengangkut kargo Sun Rio Ro-Ro.



Kenderaan tersebut terpaksa diangkut menggunakan kren pada suhu mencecah -19C di ibu negara Pasifik Rusia. Bahkan ada antara kereta dibaluti ais sehingga enam inci. 

Kereta terpakai Jepun begitu popular di Rusia, walaupun pemanduan kanan bukannya pemanduan kiri. Kejadian ais pada kapal berlaku berikutan angin laut lembap dan suhu udara di bawah sifar yang boleh meningkatkan draf, tergelincir malah risiko kapal terbalik.

Kapten kapal tempatan, Pyotr Osichansky, 72 berkata laut bergelora dan berangin pada Disember.

“Air laut yang terpercik pada kapal berubah menjadi ais keras dan tahun ini angin agak kuat berbanding biasa,” katanya. 

Ketibaan kapal itu membuatkan orang ramai keluar menyaksikan kereta berais itu dikeluarkan dari kapal yang didaftarkan di Panama.

‘Kereta-kereta itu dipenuhi ais sehingga anda tidak dapat mengetahui jenis kenderaannya,’ kata salah seorang penduduk yang melihat.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 
 
 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here