Sejak beberapa tahun lalu, penumpang yang sering menaiki kereta api bawah tanah pada waktu pagi di stesen Embankment, Westminster, England, mungkin akan melihat sosok wanita tua ini.
Setiap pagi dia tidak pernah terlepas datang ke stesen tersebut namun tidak seperti pengguna lain, warga emas itu tidak menaiki kereta api melainkan hanya duduk di satu kerusi selama berjam.
Berpakaian kemas dia hanya duduk diam di satu sudut tanpa tanda mengalami sakit jiwa mahupun gelandangan.
Kehadirannya bukan saja mencetuskan tanda tanya pengunjung namun kakitangan stesen tersebut. Pekerja stesen mendekati wanita tersebut dan dia berkongsi kisahnya.
Namanya Margaret McCollum dan merupakan seorang pesara. Rutin setiap hari ke kereta api bawah tanah itu hanya satu tujuan iaitu mendengar suara pengumuman “sila perhatikan langkah anda.”
SUARA LATAR STESEN KERETA API
Mungkin bagi orang lain pengumuman itu sekadar mengingatkan penumpang tentang keselamatan namun bagi Margaret suara latar itu pengubat rindu. Suara pengumuman di stesen kereta api Embankment itu rupanya milik mendiang suaminya, Oswald Laurence.
Dia hanya mahu mendengar suara tersebut sebanyak mungkin untuk mengenang kembali nostalgia dan berasakan seolah suaminya masih hidup.
Oswald merupakan aktor suara latar. Suaminya merekodkan suara untuk sistem kereta api bawah tanah di utara bandar sekitar lewat 50-an. Bagaimanapun, hanya dok lama Embankment yang masih menggunakan suara rakaman itu.
Pasangan itu berkahwin pada 1992 dan hidup bersama selama 15 tahun sehinggalah suaminya meninggal dunia pada 2007.
“Sejak dia meninggal dunia, saya akan duduk di sini dan menunggu kereta api datang, untuk mendengar suaranya,” katanya.
DIGANTI SUARA PENGUMUMAN LEBIH MODEN
Bahkan pada 2012, Margaret pernah pernah panik apabila satu hari dia tidak dapat mendengar suara suaminya pada pembesar suara. Dia langsung bertanya kepada kakitangan dan mendapati bahawa sistem bertukar kepada pemberitahuan automatik yang lebih moden.
Mereka memberinya CD rakaman Oswald sebagai cenderahati. Walaupun sedih, Margaret tidak dapat berbuat apa-apa.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian, kisah tersebut sampai ke pengetahuan Pengarah Sistem Metro Bandar, Nigel Holness dan dia mengembalikan semula suara latar Oswald sebagai cara mengingati mendiang.
Bukan itu sahaja, setiap kali tren tiba, pengumumkan itu diulang sebanyak tiga kali bukan sekadar untuk Margaret bahkan demi keselamatan penumpang juga.
Sehingga hari ini, suara pengumuman “sila perhatikan langkah anda” di stesen Embankment berbeza sama sekali daripada setiap stesen kereta api lain di bandar Westminster.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar