Transaksi RFID mula 10 malam ini, yang dah pasang jangan lupa top up!

3858

Pelaksanaan Transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bagi kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) bermula 10 malam ini di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Pihak PLUS menggalakkan pengguna beralih kepada sistem bayaran tag Touch ‘n Go RFID untuk perjalanan yang mudah, selamat dan selesa. 



Tag berkenaan boleh digunakan untuk transaksi dalam masa sehari atau 24 jam daripada pendaftaran dan pemasangan.

“Jangan lupa untuk menambah nilai baki ke dalam Touch ‘n Go eWallet terlebih dahulu kerana tag tersebut tidak mempunyai baki setelah dipasang.
 
“Buat urusan tambah nilai dengan lebih mudah, pada bila-bila masa dan di mana juga menerusi Aplikasi Touch n Go eWallet.
 
 
“Kami juga menyarankan anda membuat penetapan tambah nilai automatik bagi memastikan baki Touch n Go eWallet sentiasa mencukupi,” katanya menerusi kenyataan media di Facebook PLUS.
 

Di samping itu, PLUS juga menyarankan pengguna tambah nilai Touch n Go eWallet secara awal untuk perjalanan yang lancar di lorong tol RFID. Aplikasi tersebut juga membolehkan pengguna menyemak baki mereka yang dipaut dengan tag RFID.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here