Belum tahu cara pasang tag RFID, ini cara betul!

6527

Sejak pelaksanaan pembayaran tol menggunakan RFID, pelbagai rungutan pengguna diterima salah satunya pengimbas yang tidak dapat membaca kod pada pelekat RFID.  

Situasi berkenaan menyebabkan kesesakan sehingga mencetuskan kemarahan pengguna. Bahkan sehingga ada yang menyatakan sistem tersebut tidak bermasalah sebaliknya  pengguna yang tidak pandai guna.



Tidak mengapalah kita husnudzon, justeru itu kami kongsikan cara pemasangan tag RFID yang betul.

  1. Bersihkan terlebih dahulu lampu depan kereta 
  2. Buka pelekat
  3. Tampalkan pada lampu
  4. Aktifkan tag di laman web Touch ‘n Go atau Touch ‘n Go eWallet
  5. Masukkan maklumat kenderaan dan daftar nombor siri RFID

Lokasi pemasangan tag RFID adalah di bahagian kiri kenderaan, sama ada di cermin atau lampu depan. Jauhi dari jangkauan pengelap cermin bagi mengelak pelekat RFID tertanggal atau rosak.

Selain itu, tag perlu dilekatkan di bahagian luar kenderaan bukannya di dalam kerana bimbang pembaca RFID tidak dapat mengimbas kod pada pelekat.

Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan kami ada pengguna yang melekatkan tag RFID di bahagian dalam dan tidak mengalami masalah ketika melalui lorong tol. 

Sekiranya semua langkah sudah diikuti dan masih bermasalah ketika melalui lorong RFID, takkan anda masih tidak tahu apa yang perlu dilakukan, maju mundur..maju mundur sehingga palang terbuka.

Ini kerana kita seolah tiada pilihan apabila banyak lorong SmartTAG sudah tiada di beberapa plaza tol, dalam diam sebenarnya kita dipaksa bertukar kepada RFID iaitu sistem yang masih belum matang dan menyusahkan rakyat.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here