Nismo 400R, pengerasnya hanya RM9.15 juta saja

2709

Setiap generasi Nissan GT-R ada keistimewaan tersendiri, walaupun model keluaran 1990-an namun tetap kekal bertahan sehingga hari ini khususnya edisi istimewa atau terhad. 

Pada 1997, Nissan memutuskan membina edisi khas jalanan yang berasaskan jentera GT-R Le Mans, dan model terpilih itu ialah R33 Nismo 400R.



Edisi khas R33 ini digelar sebagai 400R yang didatangkan dengan enjin sebaris 2.8L RBX-GT2, dua pengecas turbo besar yang menghasilkan kuasa 400hp dan tork 470Nm. Pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 4 saat.

Dengan tetapan boost tertinggi, enjin RB26DETT yang telah dimodifikasi ini mampu mencapai kuasa 500hp. 

Pada awalnya, NISMO mahu membina 100 unit R33 400R ini namun hanya 44 unit sempat dihasilkan sebelum produksi R33 tamat pada 1998. Selain itu, difahamkan hanya 19 unit 400R yang masih wujud sehingga kini.

Salah satunya adalah Nismo 400R bewarna Midnight Purple yang dikatakan antara model yang terakhir yang ditawarkan dengan warna tersebut, kini bernilai pound sterling 1.6 juta (RM9.15 juta).

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here