Proton bakal ‘lahir’ semula varian R3 tahun depan?

1830

Ini mungkin berita baik buat peminat kenderaan nasional terutama kepada model R3.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Bhd, Roslan Abdullah berkata, tahun lalu, pihaknya melancarkan model Proton Saga R3 Limited Edition yang lebih kepada kosmetik. 



Menurutnya, pada masa sama, pihaknya mahu melihat model R3 yang mana ia boleh dipandu di jalan raya secara sah.

“Buat masa ini, kita masih lagi mengkaji. Apa yang penting kita tidak boleh hasilkan model R3 tetapi apabila lihat pada geran adalah Proton Saga.

“Untuk merealisasikannya, ia perlu banyak proses tambahan perlu dilakukan, tetapi ia juga perlu diimbangkan dengan harga yang bertepatan,” katanya selepas majlis pelancaran outlet Barang Dagangan R3 Premium di pusat pengedar Proton, Setia Gemilang Auto Sdn Bhd, Subang, Selangor sebentar tadi.

Menurutnya, jika mahu varian tambahan untuk R3, pihaknya perlu melalui proses sama dengan mendapat kelulusan pengesahan jenis kenderaan (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahagian automotif.

“Bagi membangunkan varian itu, ia mengambil masa yang lama dan mungkin setahun atau lebih kerana ia perlu diuji terlebih dahulu dan paling cepat, ia mungkin dilancarkan pada tahun hadapan,” katanya.

Ketika ditanya model mana yang mempunyai varian R3, Roslan berkata, mungkin pada peringkat awal adalah Proton Saga atau Iriz dibuat dahulu.

“Untuk model X-70 atau X-50, jika ada peluang dan permintaannya, kami akan mengkajinya secara berperingkat sebelum melakukannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Global Services (PGS), Lee Yeet Chuan berkata, pihaknya mahu melahirkan semula zaman kegemilangan R3 seperti sebelum ini.

Menurutnya, pihaknya akan menawarkan barangan R3 dengan membangunkan beberapa produk seperti kit badan, rim dan pelekat pada terdekat.

“Sebelum ini R3 adalah pasukan perlumbaan dan sekarang kita mahu menawarkan perkhidmatan seperti modifikasi kereta membabitkan talaan pengendalian dan prestasi.

“Ini kerana kita banyak pertanyaan daripada peminat untuk membantu mereka melakukan modifikasi kenderaan masing-masing, tetapi R3 tidak dapat merealisasikannya kerana bukannya berorientasi perniagaan.”

“Kini R3 dibawah PGS, kami akan cuba melakukan modifikasi seperti kenderaan R3 dan bukan sahaja kereta lama, tetapi model yang ada ketika ini,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here