Indonesia akan pasang percuma cip RFID bermula 2023, tapi kena tukar nombor plat..

4485

Indonesia bakal melaksanakan pemasangan cip Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) pada nombor plat kenderaan bermula tahun depan secara percuma.

Ketua Biro Penerangan Masyarakat, Jabatan Pengurusan Maklumat dan Dokumentasi Polis Republik Indonesia, Brigjen Pol Ahmad Ramadhan mengatakan pemasangan cip RFID itu akan dijadikan sebagai pengenalan kenderaan bermotor. 

Ahmad Ramadhan

“Sebagai identitas pelat nombor yang akan dipantau ya, dari cip itu nanti wacananya akan bisa diketahui data identiti kenderaan,” katanya. 



Selain untuk pembayaran tol dan parkir, cip tersebut juga boleh digunakan sebagai rekod  kesalahan undang-undang yang dilakukan kenderaan. 

NOMBOR PLAT STANDARD

Justeru bagi melaraskan dan memudahkan pelaksanaan, pihak berkuasa akan menetapkan standard nombor plat kenderaan daripada hitam menjadi putih.

Difahamkan, perubahan nombor plat secara berperingkat itu akan dimulakan tahun ini yang mana keutamaan diberikan pada kenderaan berusia lima tahun dan baharu.

Nombor plat latar putih dengan tulisan hitam berkenaan lebih mudah dibaca oleh kamera sistem Electronic Traffic Law Enforcement (ETLE). 


“ETLE memerlukan plat putih agar Automatic Number-Plate Recognition (ANPR) dapat mengimbas nombor kenderaan tanpa kesalahan.

“Hasil penelitian ANPR ini lebih mengenal kepada yang dasarnya putih tulisan hitam,” jelasnya. 

Difahamkan harga penukaran plat nombor tersebut tidak berubah yang mana Rupiah 60,000 (RM17.50) bagi motosikal dan Rupiah 100,000 (RM29) untuk kereta.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here