TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan akan melancarkan kad Touch ‘n Go generasi baharu dalam masa terdekat.
Ini kerana kad Touch ‘n Go sedia ada yang sudah ada di pasaran sejak 20 tahun lalu tidak mempunyai keupayaan untuk menambah nilai terus daripada eWallet.
Namun, ciri kad baharu itu akan membolehkan pengguna menambah baki dengan mudah menggunakan NFC melalui aplikasi TnG eWallet.
Kaedah ini sama seperti yang digunakan oleh syarikat Octopus di Hong Kong untuk menambah nilai kad pembayaran pengangkutan di sana, dan ia sepatutnya dilancarkan tahun lepas namun ditunda.
Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan lagi bilakah tarikh sebenar dilancarkan. Sama-samalah kita tunggu pengumumannya daripada pihak Touch ‘n Go sendiri.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar