Geng penarik kereta bergaduh di tengah kemalangan ditahan, polis rampas bahan bukti senjata…

2637

Pihak polis berjaya menahan lima daripada kira-kira 20 individu warga tempatan berusia antara 26 hingga 50 tahun dalam pergaduhan di lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu.

Pergaduhan tersebut berlaku dalam kalangan penarik kereta susulan salah faham urusan menarik kenderaan kemalangan membabitkan lori muatan mozek dan dua kenderaan lain.



Kekecohan berkenaan turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah jalan raya akibat pengguna jalan raya lain memperlahankan kenderaan bagi menyaksikan kejadian. 

“Anggota Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut yang berada di lokasi kejadian cuba meleraikan pergaduhan itu tetapi gagal sebelum mendapatkan bantuan anggota polis Cawangan Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

“Ketika anggota MPV dan URB tiba di lokasi kejadian, semua individu berkenaan sudah melarikan diri,” kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong.

Selain itu, polis turut merampas senjata yang digunakan dalam pergaduhan itu iaitu topi keledar dan pengunci motosikal.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here