Cakna rakyat! kereta dan alat ganti Perodua masih kekal harga lama

1340

Biarpun harga bahan mentah meningkat pada tahun lalu, Perodua tidak merancang untuk menaikkan harga kereta serta komponen alat ganti jenama itu.

Itulah yang dijelaskan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad selepas membentangkan Perodua 2022 Outlook baru-baru ini.



Malah, ia memberi berita baik kepada masyarakat negara ini khususnya untuk memiliki kereta ‘rakyat’ dengan harga yang kompetitif dan tidak membebankan.

Menurutnya, pada tahun ini harga bahan mentah termasuk keluli naik lebih 20 peratus pada suku ketiga tahun lalu dan dijangka bertambah lagi 10 peratus pada suku pertama tahun ini.

“Di Perodua, kami tidak bercadang memindahkan kenaikan kepada pelanggan. Buat masa ini, berdasarkan pelan semasa dan kajian kompetitif, kami mampu serap sebarang kenaikan kos harga bahan mentah,” katanya.

Zainal berkata, ramai pihak bercakap mengenai kenaikan harga alat ganti, tetapi baginya secara peribadi, adalah baik jika pihaknya boleh kekal atau menurunkan lagi harga alat ganti untuk pelanggan.

“Ini masanya kita beri peluang kepada pemilik supaya servis kenderaan mereka selepas dua tahun perintah berkurung. Ini kerana dalam dua tahun, mereka mungkin tidak berpeluang untuk servis kenderaan masing-masing.

“Kami juga berharap pelanggan Malaysia sedar, mengambil kesedaran daripada insiden banjir, dan kembali kepada pusat servis rasmi,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here