Tular pegawai JPJ terlibat sindiket lesen terbang, rupanya…..

1978

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pembabitan pegawainya dalam sindiket ‘lesen terbang’ seperti ditularkan.

Menerusi hantaran dimuat naik pemilik akaun Twitter, @ES_EdisiKhas menunjukkan tangkap layar akaun Instagram Smart Driving Academy yang dipercayai menawarkan ‘lesen terbang’ dengan kadar bayaran rendah tanpa menghadiri kelas dan ujian memandu.



Kenyataan di tangkap layar itu turut menyatakan pihak Smart Driving Academy menjalankan kegiatan itu dengan pembabitan pegawai atasan JPJ.

Modus operandi ini sering kali digunakan sindiket melalui platform media sosial dengan mempromosi iklan ‘lesen terbang’, selain menggunakan gambar Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk meyakinkan orang ramai membuat bayaran sebelum sindiket bertindak menghilangkan diri.

JPJ mengambil tindakan dengan kerjasama SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selain Cyber Security, bagi mengesan pemilik akaun media sosial berkenaan.

Antaranya inisiatif pembangunan sistem yang mewajibkan pengesahan ID penyelia atau pegawai kanan, sebelum sebarang transaksi pengeluaran LLM dilaksana serta pemantauan dan pengauditan urus niaga di bawah ISO 37001 Anti-Bribery Management System (ABMS).

JPJ menegaskan tidak sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku membabitkan warga kerja yang melibatkan integriti, salah guna kuasa dan rasuah khususnya melibatkan aktiviti lesen terbang.

Selain itu, pihaknya mengingatkan orang ramai untuk tidak mudah terpengaruh dengan sebarang bentuk tawaran seumpama itu yang jelas tidak mengikut peraturan dan undang-undang digariskan JPJ.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here