Utama Berita Automotif JPJ: Perkenal kod khas April depan kesan sekolah memandu jika ramai lahirkan...

JPJ: Perkenal kod khas April depan kesan sekolah memandu jika ramai lahirkan pemandu cuai

1325
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan kod khas di lesen memandu bagi mengesan institut latihan yang melahirkan ramai pemandu gagal mematuhi peraturan lalu lintas sehingga menyebabkan kemalangan.
 
Kod tersebut akan diperkenalkan pada pelancaran program e-testing April depan dan menerusi kod berkenaan pihak JPJ dapat mengesan insitusi yang didaftarkan oleh pemandu. 
 
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, jika ramai pemandu dari sesebuah sekolah memandu berkenaan terlibat dalam kemalangan jalan raya, berkemungkinan tindakan boleh dikenakan terhadap pengusaha atau pemilik.
Antara tindakan boleh diambil ialah membatalkan permit institut memandu terbabit dan menarik balik sijil tenaga pengajar mereka.
 
“Jika mereka didapati lakukan kesalahan, terlibat kemalangan, kita akan tahu mereka dapat lesen di institut memandu yang mana. Kita akan buat audit, pengesanan untuk tahu jika ada masalah dengan institut terbabit.
 
“Tindakan menggantung atau membatalkan permit institusi memandu yang mengeluarkan pemandu gagal mematuhi peraturan jalan raya atau terlibat kemalangan boleh dikenakan mengikut Kaedah 27 di bawah Kaedah-Kaedah Sekolah Memandu 1992,” katanya.
 
Beliau berkata, ia sebahagian pembaharuan JPJ ke arah pendigitalan dengan modul berkenaan dapat mengenal pasti kelemahan di peringkat institusi memandu.
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here