Seorang lelaki Florida berusia 30 tahun berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun selepas mengamuk menggunakan senjata di tengah-tengah jalan raya.
Amukkan itu difahamkan kerana lelaki tersebut tidak berpuas hati selepas kenderaan belakang membunyikan hon.
Eric Popper yang memandu Toyota Venza Hybridnya di I-95 arah selatan di Miami, berang dan mengacukan pistol dan menembak Toyota Camry berkenaan di tengah-tengah jalan raya.
Menurut sumber, Popper mendakwa dia menyangka dia ditembak dan bertindak untuk mempertahankan diri.
Bagaimanapun, pemandu itu tidak melepaskan tembakan ke arah Popper, mereka hanya membaling botol air ke arah keretanya. Popper berhenti selepas kejadian itu dan segera menghubungi polis.
Popper merupakan seorang pegawai di Jabatan Bomba Miami Beach telahpun meletak jawatan, dan sedang menunggu perbicaraan atas dua pertuduhan jenayah termasuk serangan agresif dan penggunaan senjata api di tempat awam.
SLATER SCOOP: Exclusive video of road-rage shooting in Miami from in-car camera.
The shooter seen here was arrested and is awaiting trial. He told cops the other driver fired first.
(Warning: Language and gunfire) pic.twitter.com/10vDVEwBbw
— Andy Slater (@AndySlater) January 28, 2022
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar