Kereta paramedik terpantas di dunia! Dubai guna Lykan Hypersport sebagai ambulans

2780

Pasukan polis khas Dubai menggunakan kenderaan mewah seperti Aston Martin One77, Mercedes SLS, Ferrari FF, dan Lamborghini Aventador untuk melakukan rondaan.

Nampaknya, kenderaan mewah itu bukan saja digunakan oleh pihak berkuasa bahkan paramedik di Dubai. Anehnya, mengapa mereka memilih hypercar Lykan Hypersport sebagai kenderaan pengangkutan kecemasan?.



Walaupun tidak mempunyai keupayaan membawa pesakit seperti ambulans, kereta itu  akan digunakan dalam situasi kecemasan lain. Lykan tersebut dilengkapi warna badan seperti sebuah ambulans, iaitu biru merah dan putih dengan slogan “Dubai, bandar terbaik untuk didiami di dunia,” tanpa lampu siren. 

Lykan HyperSport tersebut hanya dihasilkan tujuh unit di dunia dan dijual pada harga AS3.4 juta (RM14 juta) menjadikannya kereta ketiga termahal di dunia. Ia pernah digunakan dalam filem Fast & Furious 7.

Model tersebut dikeluarkan oleh syarikat W Motors, sebuah syarikat automotif yang berpangkalan di Lubnan yang ditubuhkan pada tahun 2012 dan dilancarkan di Dubai International Motor Show (2013). 

“Dubai telah menjadi satu dengan segala-galanya yang unik dan yang pertama di dunia,” kata Ketua Eksekutif Perkhidmatan Ambulans Dubai Corporation, Khalifa bin Darrai.

Hypercar itu dikuasai enjin 3.7 liter twin-turbo flat-six yang diambil daripada Porsche tuner RUF yang menghasilkan 770hp dan tork 708Nm dengan penggunaan transmisi kotak gear tujuh kelajuan yang mampu memecut dari 0-100kmj hanya dalam masa 2.8 saat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here