Gagal ujian memandu bukanlah perkara luar biasa, ada yang sekali ujian sudah lulus dan ada yang terpaksa mengambil semula berulang kali.
Namun lain pula kisahnya di England apabila seorang gadis enggan mengambil ujian memandu hanya disebabkan kereta ujian terlalu kotor.
Dia yang berusia 17 tahun tidak ingin menjalani ujian di Pusat Ujian Blackpool dan tingkahnya itu menyebabkan pengajar tersebut dikritik kerana gagal menyediakan kereta yang berada dalam keadaan baik sebelum ujian.
Gadis berkenaan yang enggan dikenali juga meluahkan rasa kecewa kerana sudah menunggu berbulan-bulan untuk ujian tersebut. Mereka menghabiskan masa kira-kira 10 minit untuk memujuk gadis berkenaan namun tidak menjumpai jalan penyelesaian.
Bahkan, kelakuannya itu juga memburukkan keadaan apabila ramai calon terpaksa menunggu giliran yang sebelum ini sudah tertunda akibat pandemik.
Difahamkan, selain gadis tersebut terdapat sekurang-kuranya tiga pelajar lain yang gagal mendapatkan lesen memandu dengan alasan yang sama. Untuk menjalani ujian memandu calon perlu membayar pound sterling 64 (RM362).
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar