Bas dua tingkat Red Warrior jadi kedai gunting rambut, pertama dalam dunia…..

3585

Bas diubahsuai menjadi motorhome adalah biasa. Namun, transformasi sebuah bas menjadi kedai gunting adalah satu kelainan.

Menurut perkongsian video yang dimuatnaik akaun Tiktok, @pokniklkkfm itu, bas dua tingkat yang dijadikan sebagai kedai gunting itu beroperasi di Jalan Elektron, Seksyen U16, Denai Alam, Shah Alam, Selangor.



Difahamkan, pemilik menggunakan bas terpakai yang dibeli daripada sebuah syarikat sebelum mengubahnya menjadi kedai gunting. Sepertinya sebelum ini bas berkenaan merupakan kenderaan rasmi pasukan bola sepak Kelantan, Red Warrior.

Jika diperhatikan, pada luaran bas putih merah itu tertera perkataan Red Warrior dan Kelantan FA. Bahagian dalam pula boleh dilihat kerusi asal ditanggalkan yang mana di tingkat bawah diletakkan sofa yang menjadi ruangan menunggu pelanggan.

Sementara, bahagian atas menjadi tempat menggunting rambut lengkap dengan tiga buah kerusi, cermin serta peralatan perapian rambut. Tidak ketinggalan pemilik turut meletakkan langsir pada cermin bas selain tersedianya pendingin hawa. 

Bagaimanapun, pada video ringkas itu kami tidak dapat melihat sebarang papan tanda kedai gunting rambut di bahagian luar.

Dan..tentunya orang awam yang lalu hanya melihat sebuah bas yang diparkir di bahu jalan sedangkan di dalamnya sebenarnya menawarkan khidmat gunting rambut.

@pokniklkkfm

FIRST IN THE WORLD #sihat #barbershop #vaksin #booster #pokniklkk #progestgold #fyp #fypシ゚viral #foryoupage #kelatetiktok #dangdutremix #dangdut #thailand🇹🇭 #indonesia #lkkfm #kelateteam #terbakar #dikir

♬ original sound – Poknik LKK – Poknik LKK

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here