[Video] Tular bapa tunggang sejauh 70km bawa pulang jenazah bayi

1852

Seorang lelaki di wilayah Sulawesi Selatan, dilaporkan membawa pulang jenazah bayinya yang baru dilahirkan dalam keadaan pramatang menggunakan motosikal.

Asdar, 29 yang berasal dari Kampung Batu Lappa, Kecamatan Sinjai Timur itu terpaksa membawa bayi tersebut bersama abangnya apabila tidak mempunyai wang untuk menyewa ambulans.



Bayi itu disahkan meninggal dunia di Hospital Pancaitana Kabupaten Bone selepas dilahirkan menerusi pembedahan caesar. Dia menunggang pulang bersama jenazah bayinya dari daerah Bone ke daerah Sinjai yang dianggarkan sejauh 70km.

Ketika kejadian, dia hanya mempunyai wang berjumlah rupiah 600,000 (RM174.94), sedangkan harga sewa sebuah ambulans adalah rupiah 700,000 (RM204.10).

Dia turut merayu agar pihak hospital memberi kelonggaran kepadanya memandangkan jenazah bayinya perlu dikebumikan segera kerana waktu ketika itu adalah pukul 9 malam.

Bagaimanapun, menurut pihak hospital jumlah wang sewaan tersebut telah ditetapkan dan mengikut peraturan hospital dan ia membuatkan Asdar tidak mempunyai pilihan lain selain membawa mayat bayinya menggunakan motosikal.

“Saya merayu kerana hanya ada rupiah 500,00 (RM145) dan tidak mempunyai wang. Saya cuba merayu lagi kalau boleh disewakan rupiah 600,000  (RM175) tetapi jawapan tetap sama tidak boleh,” luahnya.

Selepas kejadian itu menjadi tular, pihak Hospital Datu Pancaitana daerah Bone mengeluarkan kenyataan  bahawa terdapat salah faham antara petugas hospital dan Asdar.

Pihak hospital mendakwa mereka bersetuju mengurangkan harga sewa yang sepatutnya berjumlah rupiah 700,000 (RM204.10), namun lelaki itu menolak tawaran tersebut.

Selain itu, difahamkan van jenazah juga  sempat mengejar motosikal Asdar, namun lelaki itu meminta agar mayat anaknya dibawa sendiri menggunakan motosikal.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here