Lelaki ‘Hidung Nissan’, orang penting hidu bau material kereta

2488

Seorang lelaki bernama Ryunosuke Ino diberikan tugas khas sebagai ‘Hidung Nissan’ di Jabatan Kualiti Udara Dalaman Kenderaan, Pusat Teknikal Nissan Jepun.

Sudah berkhidmat hampir dua dekad, dia mengetuai tugas menganalisis dan berperanan sebagai ‘Ketua Jurutera Penilaian Bau’. Secara ringkasnya, tugas Ryunosuke Ino adalah hidu bau kereta!.



Mungkin lawak atau aneh, namun pasukan khas ini sememangnya ada dalam syarikat automotif. Selain Nissan, Audi juga memiliki jabatan hidunya sendiri. Seperti mana kita tahu ada antara material yang digunakan mengeluarkan bau yang tidak diingini.

Jadi pasukan ini akan memastikan material dan unsur kimia dalam pembangunan kereta baharu mengeluarkan bau neutral.  

Untuk memastikan semua ujian adalah tepat, pemeriksaan bau biasanya dilakukan dalam masa tiga hingga lima minit selepas memasuki kabin, sebelum hidung boleh menyesuaikan diri.

“Bau dalam kereta adalah faktor penting untuk keselesaan, dan Nissan sangat khusus mengenainya.

“Standard bau Nissan direka terutamanya oleh saya sebagai ketua pencium global,” kata Ino.

Biarpun, beberapa kajian mencadangkan wangian dikeluarkan daripada kenderaan baharu bukanlah sesuatu yang menyihatkan tetapi ia memainkan peranan penting dalam penjualan kenderaan.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here