Awas, ekzos perang anda diperhatikan…..

1742
Penggunaan ekzos bising menjadi trend dalam kalangan penunggang motosikal kerana mereka percaya dapat meningkatkan kelajuan dan mencantikkan penampilan motosikal.
 
Baru-baru ini, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya bersama Jabatan Alam Sekitar Selangor (JAS) menjalankan operasi ujian bunyi ekzos di Balai Polis Trafik Ampang.
 

Dalam operasi ujian bunyi yang dijalankan sebanyak 13 buah motosikal diuji dan JAS mengeluarkan lima kompaun dan lima notis pemeriksaan semula dikeluarkan.
 
Menerusi perkongsian di laman Facebook Friends of Trafik Ampang itu menjelaskan pihak berkuasa Ampang Jaya akan meneruskan operasi penguatkuasaan sedemikian dari masa ke semasa untuk memastikan pengguna mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
 
Melalui gambar yang dikongsi boleh dilihat motosikal diukur paras bunyi ekzos yang dibenarkan. Sekiranya paras bunyi melebihi daripada yang ditetapkan, JAS akan mengeluarkan kompaun saman ke atas pemilik motosikal. 
 
Untuk makluman, individu yang didapati melakukan pengubahsuaian adalah melakukan satu kesalahan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih enam bulan penjara.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here