Terdahulu, peminat berkesempatan melihat garaj kereta milik Cristiano Ronaldo, yang dianggarkan berjumlah sekitar paun sterling 18 juta (RM96 juta).
Terbaharu Ronaldo menerima sebuah SUV baharu dari teman wanitanya, Georgina Rodriguez sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37.
SUV Cadillac Escalade yang bernilai paun sterling 150,000 (RM848,997) itu akan menyertai koleksi kenderaannya yang lain.
Difahamkan SUV tersebut ditempah khusus yang mana ia tidak ditawarkan di Eropah, jadi Georgina Rodriguez mengimport SUV tersebut ke Manchester.
Dia berkongsi momen berkenaan bersama anak-anak mereka yang meninjau kereta berkapasiti lapan tempat duduk itu di Instagram.
Selain itu, Ronaldo turut dilihat membawa SUV terbaharu nya itu ke pusat latihan Manchester United.
View this post on Instagram
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar